Thursday, 13 August 2015
Jenis-jenis program Affiliates yang boleh anda sertai untuk buat duit tanpa modal
Posted on 01:04 by brofami
Sebelum ni saya sudah terangkan kepada anda Apa itu affiliates, kali ni biar saya terangkan pula jenis-jenis bisnes affiliates yang wujud dalam dunia pemasaran internet ini..
Terdapat 3 jenis affiliates yang anda boleh sertai untuk menjana pendapatan di internet ini tanpa modal.
antaranya adalah seperti :
1. Program Affiliates Pay Per Click
anda akan di bayar oleh setiap 1 click .. contoh apabila ada orang click sahaja link iklan anda, komisen akan di bayar.. biasanya 1 click = 0.02 sen .. ini contoh je ada nilai komisen yg di bayar berbeza-beza berdasarkan budget yang di letakkan oleh pengiklan sesuatu produk itu.
2. Program Affiliates Pay Per View
Anda akan di bayar berdasarkan jumlah view, biasanya 1000 view = RM1 . ia lebih kurang seperti Pay Per Click tadi tu.
3. Program Affiliates Pay Per Lead
Anda akan di bayar komisen apabila ada orang download / daftar sesuatu produk percuma yang di iklankan. Prospek tidak perlu membuat sebarang pembelian, kebiasaanya pengelola akan meminta prospek untuk mengisi suatu borang yang di panggil Opt In Form .. detail yang di minta seperti Nama, Email , poskod & lain-lain.
4. Program Affiliates Pay Per Sale
Anda akan di bayar komisen apabila jualan terhasil, ini perkasa biasa.. anda promot produk kepada prospek, mereka buat pembelian anda dapat komisen .. kebiasaannya untuk produk Digital komisen dari 50 - 100% .. contoh 1 produk beharga Rm100 apabila dapat jual 1 unit komisen yang akan di beri RM50 ..
5. Recurring Affilite Program
Komisen affiliates yang akan di bayar secara ulangan apabila jualan terhasil. contoh program yang berikan komisen seperti ini adalah servis seperti Hosting, Sistem Autoresponder dan laman keahlian yang memerlukan pelanggan membayar yuran setiap bulan.. Selagi pelanggan membayar yuran langganan selagi itu anda akan dapat komisen daripada dia..
itu lah serba sedikit penerangan tentang jenis-jenis program affiliates yang boleh anda sertai untuk mulakan misi buat duit diinternet tanpa modal.
dalam artikel akan datang saya akan kongsikan pula bagaimana anda boleh dapatkan produk / program affiliates untuk anda promosikan dan Teknik apa yang berkesan untuk jana pendapatan yang lumayan dari program affiliates ini.
insyaallah bertemu lagi.. jika ada sebarang soalan boleh terus tinggalkan komen anda di bawah ini ye.. Jangan lupa Sharekan post ini dengan rakan-rakan anda yang lain..
ikhlas,
broFami samuni
Posted in affiliates, asas, bisnes internet, bisnes tanpa modal, buat duit, cara promosi, Internet Marketing
|
2 comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kalau jumpa yang program affiliates jenis recurring tu, kena join cepat. Rugi kalau tak join
ReplyDeleteTuan sabree mesti ada byk join program aff recurrent mcm ni punya kan.. hehe 😁
Delete