Tuesday 28 July 2015

Kepentingan blog untuk usahawan online dan offline


Ramai peniaga online yang masih tidak sedar akan kepentingan blog untuk perniagaan mereka, adakah mereka hanya pengharapkan jualan di Facebook sahaja sudah mencukupi..?

ada banyak kelebihannya jika anda menggunakan blog sebagai medium untuk anda ( peniaga online ) menghasilkan jualan.

Blog merupakan satu medium penyampaian maklumat yang sangat berkesan, dengan menulis artikel di dalam blog, anda dapat memperkenalkan produk atau perkhidmatan anda kepada pengguna internet yang lain.

Anda boleh berkongsikan pengalaman anda menggunakan sendiri produk yang anda jual, atau pengalaman dari pelanggan anda yang telah berpuas hati dengan produk atau servis yang anda tawarkan.



dengan menulis blog juga anda dapat menaikkan kreadibiliti anda sebagai usahawan yang mempunyai pelbagai idea & pandangan tetang sesuatu perkara yang anda pakar. Kongsikan dengan pembaca setia anda pendapat yang bernas dan dapat membantu mereka menyelesaikan masalah yang di hadapi oleh mereka.

Blog juga dapat memberikan anda traffik Percuma ke website jualan anda. sambil anda menulis anda juga berpeluang untuk menjana pendapatakan sampingan dengan menyertai program affiliate dengan mencadangan pembaca anda untuk mendapatkan sesuatu produk yang sesuai dengan situasi yang anda kongsikan.

Guna kan blog sebagai tempat untuk anda menyimpan maklumat yang selalu di cari oleh pelanggan anda,
jika anda menjual produk yang memerlukan penerangan yang terperinci anda boleh kumpulkan soalan-soalan yang biasa di ajukan kepada anda dan jadikan 1 artikel yang menjawab kepada persoalan mereka.
Apabila ada pelangan lain yang bertanyakan soalan yang sama, tidak perlu lagi bersusah payah goole atau taip semula perkara yang sama berulang kali. anda cuma perlu berikan saje link blog anda untuk mereka buat rujukan.

Jadi saranan saya, jika anda mempunyai perniagaan samada online mahu pun offline, cepat-cepat lah bina blog anda sendiri. Anda boleh mulakan secara percuma sahaja dengan mendaftar di www.blogger.com atau boleh terus bina blog dot com dengan menggunakan platform Wordpress .  Mungkin pada permulaan anda akan rasa kekok untuk menulis, tapi percayalah jika anda konsisten menulis lama kelamaan anda akan mahir menulis. Semua orang bermula daripada tidak tahu, yang penting anda cuba dulu baru tahu nikmatnya.. hehe :-D

Rugi sangat jika anda tak ada blog.. serius saya cakap.. :-)


ikhlas,
broFami
Usahawan Produk Digital

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Blogger news

    anda sedang di perhatikan

    YouTube make money