Sunday, 26 June 2016

5 Teknik memikat pelanggan

Sehebat mana pun produk yang ingin and jual jika anda tiada ilmu pemasaran yang betul, pasti susah untuk menghasilkan jualan.

Ada pelbagai produk yang berada di pasaran sekarang.. ada yg memerlukan penerangan yang lebih jelas, ada yg hanya tunjuk produk orang dah tahu fungsinya & terus berminat.

ramai peniaga baru ingat menjual tu sesuatu yang nampak mcm senang & mudah. tetapi sebenarnya ia memerlukan seni jualan yang tersendiri.

jadi di hari ni saya ingin berkongsikan kepada pembaca semua 5 Teknik bagaimana memikat pelanggan.

1. Perlu meningkatkan kepercayaai orang lain kepada diri anda. kita berniaga bukan kepada kawan2 & kenalan rapat sahaja. oleh itu kita perlu buat orang percayakan kita dengan cara berikan sesuatu secara PERCUMA atau tunjuk kan testimoni pelanggan sebelum ni.

2. Kita perlu nampak unik lain dari pada penjual yang lain, sesuatu kelebihan yang ada pada diri kita tetapi tiada pada orang lain.

3. Tawaran istemewa, seperti free gift , offer bonus & diskaun jika prospek mendapatkan produk / servis dari anda sahaja.

4. Tunjuk bukti yang anda adalah orang yang boleh di percayai & jujur.

5. Berikan servis terbaek, berikan sesuatu yang lebih dari apa yang pelanggan anda bayar  & buat penghantaran pantas.


opss 1 lagi extra: ayat anda mesti POWER & menyentuh emosi prospek anda..

.
ok itu sahaja tips dari pengalaman saya sendiri menjual secara online.. jika anda ada sebarang pendapat lain boleh tinggalkan komen dibawah post ni ye..

.
jika artikel ni bermanfaat tolong saya klik butang Share ye.. :-)

thanks
broFami Sam

Friday, 18 September 2015

Automasikan perniagaan anda dengan sistem autoresponder

Nak tak jika anda boleh automasikan perniagaan anda.. ?

tidak kira apa jenis perniagaan apa yang anda pasarkan di internet ini anda wajib ada sistem ini..

sebelum saya cerita lebih lanjut biar saya terangkan secara ringkas apa fungsi autoresponder ini..


Thursday, 13 August 2015

Jenis-jenis program Affiliates yang boleh anda sertai untuk buat duit tanpa modal


Sebelum ni saya sudah terangkan kepada anda Apa itu affiliates, kali ni biar saya terangkan pula jenis-jenis bisnes affiliates yang wujud dalam dunia pemasaran internet ini..

Terdapat 3 jenis affiliates yang anda boleh sertai untuk menjana pendapatan di internet ini tanpa modal.

antaranya adalah seperti :

Monday, 10 August 2015

Apa itu program affiliates ?

Affiliates Secara ringkasnya adalah
seperti ini ..

Saya ada 1 Produk Digital ( ebook / video / software )
untuk memasarkan produk ni dengan lebih cepat dan
mendapat keuntungan dgn mudah,

saya melantik beberapa agent jualan kepada sesiapa yg berminat utk buat duit seperti anda..
daftar secara PERCUMA je 

Tuesday, 28 July 2015

Kepentingan blog untuk usahawan online dan offline


Ramai peniaga online yang masih tidak sedar akan kepentingan blog untuk perniagaan mereka, adakah mereka hanya pengharapkan jualan di Facebook sahaja sudah mencukupi..?

ada banyak kelebihannya jika anda menggunakan blog sebagai medium untuk anda ( peniaga online ) menghasilkan jualan.

Blog merupakan satu medium penyampaian maklumat yang sangat berkesan, dengan menulis artikel di dalam blog, anda dapat memperkenalkan produk atau perkhidmatan anda kepada pengguna internet yang lain.

Anda boleh berkongsikan pengalaman anda menggunakan sendiri produk yang anda jual, atau pengalaman dari pelanggan anda yang telah berpuas hati dengan produk atau servis yang anda tawarkan.

Tuesday, 21 July 2015

Video Teknik Jualan Facebook - PERCUMA

Anda rasa Produk dah cukup HOT
kalau jual pasti laku ni..
============================
tapi bila buat Iklan..
Kenapa tak ada orang KOMEN pun
Kenapa tak ada orang nak PM pun
.
Anda ternampak orang lain jual
macam senang je..

Friday, 10 July 2015

Kuih & Biskut Raya kegemaran saya

Salam ramadhan ke 24 hari ini..

bagaimana persediaan anda untuk menyembut hari raya yang bakal tiba tak lama lagi..?

Dah beli ke baju raya ..?
Dah tukar ke langsir rumah tu ..?
Dah servis kereta ke nak balik kampung jalan jauh..
takut nanti meragam plak semasa dalam perjalanan nanti lagi susah plak kita kan..?
dan yang paling penting dah siap ke kuih raya yang bakal di hidangkan
kepada tetamu yang bakal berkunjung ke rumah anda nanti ..?

tujuan asal saya tulis post ni untuk berkongsi dengan anda beberapa kuih / biskut raya kegemaran saya..
mungkin juga kegemaran anda.. mana tau selera kita sama ke kan..? hehe :-D

Sebenarnya ada beratus jenis kuih raya ni.. saya pun tak pasti
yang mana 1 jadi kegemaran.. kalau jumpa dan rasa sedap saya bedal je telan
kalau tak sedap / tak kena dengan tekak ni.. saya tolak tepi je hehe

ok kat bawah ni saya kongsikan gambar 10 jenis kuih / biskut raya yang saya pernah rasa & saya suka makan .. jom layan :

 
Biskut Tart Nenas  - memang layan tepung dia lembut dan inti nenas dia yang manis ..kalau makan kuih ni kena hati-hati jangan sampai bersepah, sebab kulitnya yang lembut tu sangat rapuh. cara nak makannya sumbat saja sebijik tu terus dalam mulut.. hehe :-D 


Almond London - biskut ni kalau Bro makan kacang dia mesti bro buang tak suka kacang almond dlm tu.. haha :-D 

 
Corn Flake Madu 


 
Biskut Kacang Mazola 
 

 
Choc Almond Crumb

 
Biskut Dahlia Mekar 

Biskut Mama Carey - masa kecil-kecil dulu kalau nak makan biskut ni, bro selalu makan dia punya krim yang atas tu dulu .. sebenarnya bukan krim sebab dia dah keras kan..? tak tau lah apa nama dia nak panggil .. lepas makan bahagia atas tu baru makan biskut dia.. haha :-D 

 
Biskut Kuih Sarang Semut - biskut ni simple je cuma tepung dan mentega yang berperisa.. dulu bro pernah buat kuih ni kat rumah dengan ibu & kakak ..  
 
Biskut Cokelat Marble -  Suka tengok corak yang di atas coklat tu.. rasa pun sedap lemak berkrim budak-budak kalau makan ni mesti mulut comot dengan coklat tu haha .. 
Biskut Makmur - Ok yang terakhir sekali biskut makmur, biskut  ni pun antara yang saya suka makan .. 

inilah antara 10 jenis biskut raya yang pernah saya rasa & suka makan ketika musim perayaan seperti Hari Raya aidilfitri .. bagaimana dengan anda pula ada tak yang sama dengan saya .. ? 

oh lupa kita ada tinggal lagi seminggu sahaja dari sekarang ( ketika post ini ditulis) sebelum kita menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2015 ni .. rasanya masih sempat lagi jika anda ingin buat sendiri kuih raya yang anda suka atau pun untuk ahli keluarga di kampung mahu pun jika anda bercadang untuk mencari pendapatan tambahan dengan menjalankan perniagaan jual biskut raya di bulan puasa ni .. atau pada bulan-bulan lain pun boleh aje kalau nak jual biskut raya kan..? hehe :-D 

JIka anda nak mencari resepi Kuih Raya boleh dapatkan dari laman web ini --> 101 Resepi Kuih Raya 
dalam web tu ada sebuah Ebook 101 jenis Resepi untuk buat Kuih raya anda sendiri .. mungkin anda malas nak google 1 per 1 resepi yang ada di kongsikan dalam blog-blog lain kan.. dengan mendapatkan Ebook ni anda sudah dapat menjimatkan masa betul tak.. ? 


mana tahu ada resepi kuih raya yang anda tidak pernah jumpa dan cuba buat sebelum ni kan.. boleh lah buat surprise kepada suami tersayang dengan kuih raya hasil air tangan anda sendiri tak de lah asyik bagi kuih tunjuk-tunjuk je kan..? ( beli kat kedai la tu ) haha :-D   



akhir kata selamat Hari Raya saya ucapkan .. jika ada antara gambar-gambar di atas milik anda sila maklumkan kepada saya ye.. nanti saya bagi back link .. kalau ada apa-apa cadangan boleh ler bagitau ek.. terima kasih sudi baca blog post saya yang tak seberapa ni.. 


Jangan serik datang lagi tau .. k bai :-P
 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Blogger news

    anda sedang di perhatikan

    YouTube make money